Masjid yang dianggarkan bernilai RM 25 juta akan dibina di tapak seluas 4.2 ekar yang telah disediakan oleh pemaju bumiputera. Masjid ini boleh menampung sehingga 4,000 jemaah pada satu-satu dan dianggarkan ia memberikan manfaat kepada lebih 5,000 penduduk sekitar masjid yang terletak di Kg. Tebuk Yan 2, Pantai Remis, Perak
Masjid Al-Ulum Wattoiyibah
Marilah kita berinfaq sekarang kepada Masjid Al-Ulum
Wattoiyibah, Pantai Remis, Perak yang sedang dalam proses pembinaan
dan memerlukan bantuan anda!
Selain membolehkan masyarakat setempat menunaikan ibadah fardu
serta menjalankan pelbagai aktiviti keagaamaan dan kemasyarakatan
sepanjang hari, masjid ini juga akan menjadi pusat aktiviti Madrasah
Darul Ulum Wal Qiroat yang melahirkan generasi huffaz yang akan
terus menyuburkan qalam Allah selama-lamanya!
RM
10000000
Sasaran Kutipan
Tonton Video Ini Dulu!
Sabda Nabi Muhammad SAW: Barangsiapa yang membantu dalam membina sebuah masjid dengan ikhlas, mescaya akan Allah binakan sebuah rumah di syurga kelak
Pengenalan
Masjid Al-Ulum Wattoiyibah mendapat kelulusan untuk pembinaan pada tahun 2017 dan ianya berlokasi di Kg. Tebuk Yan 2, Pantai Remis, Perak. Ia bakal dibina diatas tanah berkeluasan 4.2 ekar. Masjid ini bakal melancarkan majlis-majlis pengajian agama, kursus-kursus umrah, aktiviti-aktiviti ibadah bulan puasa dan banyak lagi yang akan memenuhi permintaan 5,000 orang penduduk kampung di sini dan sekitarnya.
Baru dimulakan pembinaan pada bulan Mei 2020, masjid ini dijangka siap pembinaannya pada tahun 2021.


Kemudahan Masjid
Masjid Al Ulum Wattoiyibah mempunyai kemudahan yang lengkap bagi memenuhi keperluan jemaah yang datang solat dan juga pelajar madrasah. Berikut adalah kemudahan yang telah dirancang dalam pelan pembinaan.
- DEWAN SOLAT
- DEWAN MADRASAH
- BILIK MESYUARAT
- BILIK JENAZAH
- TANDAS
- BAZAAR
- KELAS MADRASAH
Tapak Masjid

Kelulusan Pembinaan Masjid

Pelan Tapak Pembinaan Masjid



STATUS TERBARU PEMBINAAN MASJID
JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID

Ustaz Maulana Jalaluddin Abdul Rahman Al-Hafiz
Pengerusi Pembinaan Masjid
Ustaz Maulana Jalaluddin Al-Hafiz merupakan Mudir di Madrasah Al Ulum Wal Qiroat di Pantai Remis, Perak. Beliau mendapat pendidikan di Tahfiz Pasir Mas Kelantan, Pondok Pasir Tumbuh Kelantan, Yaman, Afrika Selatan dan Syria. Beliau berpengalaman mengajar di Abu Dhabi, UAE dan berpengalaman menjadi imam terawih selama 17 tahun di negeri-negeri di Malaysia, Singapura, Abu Dhabi, Australia, Syiria dan banyak menerima jemputan ceramah agama di merata tempat termasuk di United Kingdom.
- 013-774 5568
- u.maulanajalaluddin214@gmail.com

Ustaz Mohd Safian Bin Abdul Rahman (Bard)
Jawatankuasa Pembangunan Dana Waqaf Masjid
Ustaz Mohd Safian mendapat pendidikan di Pondok Modern Gontor, Indonesia. Meneruskan pendidikan Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam bidang Komunikasi dan Penyiaran Islam dan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi, Fakulti Ekonomi, UKM. Beliau juga merupakan Nazir di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi dan bekerja di Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Waqaf, Angkasa.
- 012-602 9655
- bard.masjidalulumwattoiyibah@gmail.com
Waqaf & Sumbangan
Setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan, insya-Allah.
Salurkan sumbangan wakaf ke Projek Wakaf Masjid Al-Ulum Wattoiyibah melalui akaun:

No. Akaun: 5581 8106 1053
Tabung Pembangunan Masjid Al-Ulum Wattoiyibah
Waqaf Secara Online

RM
Alamat
Masjid Al Ulum Wattoiyibah
No. 234, Kg. Tebuk Yan 2, 34900 Pantai Remis Perak
Telefon:
Ustaz Maulana Jalaluddin Al-Hafiz | 013-774 5568
Ustaz Mohd Safian (Bard) | 012- 602 9655
SOCIAL MEDIA